Semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin telah melancarkan mata wang digital iaitu “Ruble Digital”dan membenarkan bank pusat negara itu mengeluarkan mata wang digitalnya sendiri.
Menurut laporan, Rang undang-undang untuk Ruble Digital telah lama dicadang dan pendengaran terakhirnya yang ketiga pada 11 Julai dan hanya menunggu kelulusan dari presiden untuk melaksanakannya.
Mata wang Ruble digital akan digunakan untuk pembayaran bersama-sama dengan kaedah lain dan akan dikawal selia oleh Bank Pusat. Sebanyak 30 perusahaan perdagangan dan perkhidmatan di 11 bandar dipilih untuk menguji Mata Wang tersebut.
Apa itu Ruble Digital?
Ruble Digital adalah bentuk mata wang baharu di Rusia, yang akan dikeluarkan dalam bentuk mata wang digital oleh bank pusat Rusia dan berasaskan teknologi blockchain.
Projek Ruble Digital yang telah diusahakan oleh Bank of Russia sejak 2020, apabila Bank of Russia menerbitkan laporan analisis pertamanya mengenai topik tersebut.
Laporan analisis mendapati Ruble Digital dapat mengurangkan kos transaksi untuk perniagaan, menambah lapisan keselamatan tambahan untuk pengguna dan membantu memerangi rasuah. Namun mata wang ini masih diuji oleh pengawal selia dan bank perdagangan.
Baca Juga: Lagu Terakhir ‘The Beatles’ Disiapkan Menggunakan Ai
Malah, Rusia mendakwa jika Ruble Digital digunakan untuk transaksi antarabangsa, ia akan membolehkan pembayaran tanpa penglibatan bank perdagangan asing atau infrastruktur kewangan Barat, seperti sistem Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT).
Adakah ia sama seperti Bitcoin?
Tidak. Bitcoin adalah mata wang kripto ternyahpusat (decentralized). Ini bermakna mata wang itu tidak dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa seperti bank pusat, tidak seperti Digital Ruble yang akan dikeluarkan oleh bank pusat iaitu Bank of Russia.
Kalau korang nak tahu, Digital Ruble adalah Central Bank Digital Currency (CBDC) token berpusat (centralized) dengan nilai terikat pada mata wang fiat negara.
Walau bagaimanapun, buat masa ini masih kurang jelas teknikal yang membentuk Ruble digital.