Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

5 Ciri Baharu Google Docs Yang Korang Perlu Tahu

Ciri Baharu Google Docs Best!
google docs

Kalau korang pengguna Google Docs, korang mesti tahu bahawa penggunaan Google Docs telah bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terutamanya, pada tahun 2022 kerana Google telah menambah beberapa ciri tambahan yang pastinya akan menjadikan hidup anda lebih mudah.

Kalau korang antara pengguna yang tidak up to date tentang perkara-perkara baharu dalam Google Docs, jangan risau! Berikut adalah update terbaharu Google Docs untuk tahun ini:

1. Pageless page

Kadangkala korang mesti rasa annoyed dengan penggunaaan page break, terutamanya bila korang ingin masukkan jadual atau imej yang luas. Namun masalah telah diselesaikan oleh Google dengan  menyediakan pageless document supaya korang boleh scroll tanpa page break, menjadikannya lebih mudah untuk dibaca dan dicetak.

Untuk melakukan features ini adan perlu:

Pergi ke Fail dan pilih Persediaan Halaman.

Di bahagian atas tetingkap dialog, pilih Tanpa Halaman.

Klik OK untuk mengesahkan.

2. Table Template

Tak suka buat jadual? I feel your pain. Sebaliknya, korang boleh memilih salah satu daripada empat jadual yang tersedia. Namun ia tidak menawarkan banyak variasi, tetapi ciri ini sangat berguna untuk membuat semakan kerja. Lagi-lagi untuk student.

Cara untuk mengunakan template table;

  • Klik pada Insert > Table > Table Template.
  • Pilih antara Insert > Table > Table Templates > Pilih antara Product Roadmap, Review Tracker, Project Assets, atau Launch Content Tracker.

3. Drop down

Drop down adalah salah satu features baharu yang berguna apabila memasukkan data. Google Docs menawarkan pilihan input dalam dokumen, memilih status untuk projek, menjawab soalan, dan memilih lokasi.

Perkara ini dapat memudahkan pembaca untuk melihat sesuatu projek atau penulisan. Lagi-lagi kalau projek tersebut mempunyai 50 halaman bertulis. Leceh ye nak scroll!

Pilih tempat yang anda mahu lungsur turun. Anda boleh meletakkannya di mana-mana sahaja dalam teks atau dalam jadual.

  • Klik pada Insert > Dropdown.
  • Pilih antara Dropdown untuk memasukkan menu Status Projek atau Status Semakan.
  • Pilih new drop down untuk membuat senarai tersuai. Korang boleh namakan menu tersebut dan memilih warna untuk setiap item. Akhir sekali jangan lupa save apabila anda selesai.

4. Emoji

Apabila kata-kata gagal diungkapkan selepas melihat kerja rakan-rakan. Google Docs hadir untuk membantu korang dengan membalas teks dengan menggunakan emoji.

  • Highlight perkataan, ayat atau perenggan yang anda mahukan.
  • Klik pada ikon emoji di sebelah kanan (di bawah ikon ulasan).
  • Pilih emoji daripada senarai yang dipaparkan.

5. Summary

google docs

Add summary kepada dokumen anda dapat menjimatkan masa pembaca.

  • Klik pada View > Show outline. Kotak teks muncul di sebelah kiri.
  • Klik ikon + untuk mula menaip ringkasan anda.

Tunggu apa lagi! Pergi la cuba ciri baru yang Google Docs buat.

Total
0
Shares
Related Posts