Semua pengguna Touch ‘n Go eWallet yang tidak melakukan pengesahan Know-Your-Customer (e-KYC) elektronik dari 20 Dis berisiko kehilangan akses kepada ewallet mereka secara berperingkat.
Menurut syarikat itu berkata semua pengguna baharu kini mesti melengkapkan pengesahan eKYC untuk mengakses ciri eWallet TNG.
Ini bertujuan mengukuhkan perlindungan pengguna, mendedahkan ciri eksklusif selain menekankan komitmen TNG Digital terhadap pematuhan peraturan dan pengurusan risiko.
Susulan itu jika pengguna bukan eKYC tidak mengesahkan identiti mereka, akses mereka akan disekat secara berperingkat.
Jika anda belum lagi melakukan pengesahan eKYC. Berikut adalah panduan untuk melakukan perkara tersebut:
- Buka aplikasi eWallet TNG dan klik pada ikon profil anda
- Kemudian klik pada “Pengesahan Akaun” dalam menu
- Muat naik dokumen anda
- Untuk Rakyat Malaysia: Serahkan gambar MyKad anda.
- Untuk yang lain: Serahkan gambar pasport anda.
- Tunggu pengesahan
- Aplikasi akan memproses butiran anda dan memberitahu anda setelah pengesahan berjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Alan Ni berkata langkah ini penting untuk meningkatkan keselamatan platform dan mengurangkan risiko pengambilalihan akaun.
“Keselamatan adalah keutamaan utama kami di TNG Digital. Melaksanakan eKYC sepenuhnya adalah langkah berani, namun perlu selain menjadikan kami eWallet pertama yang mengambil langkah ini. Melindungi pengguna kami adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan,” katanya.