Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Aplikasi Tune Talk Hantar Mesej Scam Bitcoin?

Musim Digodam ke?
Bitcoin

Hari ini, beberapa pengguna Tune Talk menerima mesej pelik daripada aplikasi itu Tune Talk yang memaklumkan pengguna bahawa mereka telah memenangi bitcoin dan ia akan berganda jika mengikut arahan mesej tersebut.

Menurut pengguna aplikasi tersebut, telefon mereka telah menerima notifikasi daripada TuneTalk yang berkata mereka telah menang pertandingan bitcoin sebelum menawarkan peluang untuk gandakan Bitcoin. Tapi sebelum itu, mereka perlu menghantar Bitcoin mereka kepada satu alamat dompet.

Tune Talk

Menurut akhbar The Star, Tune Talk telah pun dimaklumkan mengenai penipuan itu dan aplikasi itu mungkin telah dikompromi. Syarikat itu juga mengatakan bahawa terdapat pasukan khusus yang menyiasat pemberitahuan bitcoin semasa kami bercakap dan akan mengemas kini pengguna mereka secepat mungkin.

Baca juga: Kiplepay Maklumkan Pengguna Potensi Data Diceroboh Melalui Pihak Ketiga

Walau bagaimanapun, Tune Talk telah memaklumkan perkara yang berlaku secara rasmi di Twitter. Syarikat telekomunikasi itu mengatakan bahawa ia sedang menyiasat isu itu, dan memberi jaminan butiran peribadi pengguna yang menerima notifikasi itu dilindungi.

Pada 2020, Twitter juga mengalami kes yang sama. Di mana pengguna Twitter yang terkenal memuat naik satu post “gandakan Bitcoin anda”. Mesej itu juga memaklumkan pengikut jika mereka menyumbang wang dengan mengklik pautan, ia mengembalikan dua kali ganda jumlah itu kembali.

Sumber: The Star

Total
0
Shares
Related Posts