Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

40 Negara Kata ‘Tidak’ Kepada Penjenayah Siber

40 negara termasuk Amerika Syarikat bersepakat untuk tidak akan membayar wang tebusan kepada penjenayah siber pada masa hadapan. Langkah yang digelar Counter Ransomware International telah diperkenalkan sebagai satu usaha untuk membanteras membayar wang tebusan untuk penggodam.

Inisiatif itu dilakukan selepas bilangan serangan ransomware semakin meningkat di seluruh dunia. Amerika Syarikat salah satu negara yang paling teruk terjejas, dengan 46% daripada serangan sedemikian.

Insiatif ini dibuat untuk membuat serangan ransomware (perisian) menjadi satu serang yang tidak menguntungkan kepada kumpulan penggodam.

Baca Juga: Love Scam Adalah Jenayah Tertinggi Di Malaysia

Selain itu negara ahli CRI akan berkongsi maklumat serta teknik terkini bagi mengelakkan serangan perisian tebusan berlaku. Bantuan turut akan diberikan kepada ahli CRI apabila diperlukan.

Untuk makluman, kes ransomware di Malaysia meningkat sebanyak 37.5% dari 2021 hingga 2022, dengan 11 kes dilaporkan merentas sektor utama. Sementara itu, laporan State Of Data Security: The Hard Truth mendapati bahawa 72% organisasi membayar wang tebusan pada tahun 2022.

Sumber: reuters, thestars

Total
0
Shares
Related Posts