Pernah tak anda berdepan situasi telefon terjatuh ke dalam air? Mungkin ada diantara anda pernah terdengar bahawa meletakkan telefon tersebut ke dalam timbunan beras selama beberapa jam dan selepas itu keadaan telefon akan menjadi seperti biasa semula.
Walau bagaimanapun, Apple tidak membenarkan pengguna menggunakan kaedah merendamkan telefon ke dalam beras kerana partikel-partikel habuk beras mampu merosakkan iPhone.
Namun, Apple mencadangkan langkah-langkah untuk mengeringkan telefon:
- Ketuk iPhone anda secara perlahan-lahan pada tangan anda dengan memastikan bahagian tempat pengecasan menghadap ke bahagian bawah untuk membuang cecair pada peranti. Biarkan iPhone anda di tempat yang kering serta membolehkan aliran udara melaluinya.
Baca Juga: Apple Pay Kini Boleh Digunakan Di Malaysia
- Jika anda yakin iPhone anda telah kering, cuba caskan telefon anda dengan menggunakan kabel atau sambungkan dengan aksesori lain.
- Jika amaran Liquid Detected terpapar apabila anda menyambungkan aksesori USB-C. Biarkan iPhone anda di tempat yang kering dan ada aliran udara selama seharian.
Terdahulu, para pekaji telah mendakwa merendam barang elektronik ke dalam beras adalah mitos dan beras sebenarnya tidak mengeringkan barangan elektronik anda dengan lebih cepat. Malah, boleh melambatkan proses, menjadikan barang elektronik anda terdedah kepada kerosakan selanjutnya.
Sumber: macworld