Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Laman Web ‘Ai’ Ini Mampu Cari Setiap Gambar Anda Di Internet?

Ai, atau Artificial Intelingence, merujuk kepada pembangunan sistem komputer yang boleh melaksanakan tugas dengan kecerdasan manusia. Pada zaman kini, Ai telah menjadi teknologi penting yang digunakan dalam banyak industri dan aplikasi.

Walau bagaimanapun, pernah tak anda terfikir akan satu ‘Ai’ yang boleh mencari gambar anda atau individu yang serupa dengan anda didalam Internet?

PimEyes laman carian gambar

PimEyes adalah sebuah laman web yang mempunyai akses kepada pangkalan data lebih 900 juta muka. Pengguna boleh memuat naik imej seseorang yang mereka ingin cari dan laman web itu akan mencari pangkalan datanya untuk sebarang padanan daripada gambar tersebut.

Ini kerana laman web PimEyes telah menggunakan AI untuk mengenal pasti gambar atau foto individu yang wujud secara online.

Laman web itu menjadi tempat terbaik untuk ‘stalker’

Walau laman ini menarik dan berguna, ada pihak menganggap laman ini mengancam privasi dan keselamatan individu dan berkemungkinan mendedahkan maklumat sensitif tentang mereka, seperti nama penuh, lokasi dan profil media sosial mereka

Baca Juga: Lebih 1,700 Aduan Jenayah Siber Dicatat Setakat Februari 2023

Erti kata lain laman web ini adalah laman web terbaik untuk individu yang digelar ‘stalker‘.

Memandangkan teknologi kian pesat, terpulang kepada kita untuk mengambil berat tentang potensi risiko dalam talian untuk kekal selamat dan terjamin.

Total
0
Shares
Related Posts