Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Iphone 17 Mungkin Hadir Dengan Versi Lebih Nipis?

Laporan baharu dari Bloomberg mengatakan Apple akan melancarkan iPhone 17‌ “Air” dengan rekaan tubuh yang lebih nipis.

Peranti ini akan menyasarkan pengguna yang ingin menggunakan peranti biasa yang mempunyai kamera terbaik tetapi mempunyai rekaan nipis dan kecil.

Ia adalah produk yang sama seperti iPad Air dan MacBook Air yang masih menawarkan pengalaman yang baik walaupun tanpa komponen dan spesifikasi flagship.

Untuk pengetahuan anda, iPhone mempunyai tiga pilihan utama iPhone standard, Pro dan Pro Max.

Walau bagaimanapun, Apple masih mencari “model iPhone keempat” yang boleh menarik mata pengguna. Pada tahun 2020, syarikat itu cuba melakukannya dengan melancarkan iPhone 12 mini tetapi gagal.

Total
0
Shares
Related Posts