Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kiplepay Maklumkan Pengguna Potensi Data Diceroboh Melalui Pihak Ketiga

Kenyataan Rasmi Dari Kiplepay Berhubung Risiko Pencerobohan Data
Kiplepay

Sebelum ini, Syarikat e-dompet Kiplepay dan anak syarikat milik penuh Green Packet Bhd telah memaklumkan kepada pengguna Kiple Visa Prepaid Card menerusi e-mel bahawa terdapat risiko pencerobohan data membabitkan penyedia pembayaran pihak ketiga.

Menurut Kiplepay, makluman itu dikeluarkan susulan pemberitahuan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada syarikat itu berhubung potensi insiden pencerobohan data pihak ketiga. BNM turut meminta Kiplepay supaya memaklumkan perkara itu kepada pemegang kad yang terbabit mengenai langkah perlindungan tambahan untuk melindungi mereka daripada penipuan atau transaksi tanpa kebenaran yang mungkin berlaku daripada insiden berkenaan.

Kiplepay
Sumber: Kiplepay

Syarikat tersebut turut memaklumkan pencerobohan data tersebut adalah insiden keselamatan siber yang berlaku kepada pihak ketiga yang mungkin menjejaskan pengguna Kiplepay berurus niaga menggunakan sistem pembayaran pihak ketiga itu.

Baca juga: Kiplepay Maklumkan Pengguna Tentang Potensi Data Digodam

Kami memandang serius terhadap langkah keselamatan dan langkah pematuhan sejajar dengan dasar, arahan serta standard keselamatan BNM dan kami ingin menyakinkan pengguna, peniaga dan rakan kongsi bahawa integriti perkhidmatan kami tidak pernah terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kiplepay, Ricky Lew

Beliau juga berkata Kiplepay telah mempertingkatkan tahap keselamatan dan langkah pemantauan penipuan bagi mengesan serta mengelak sebarang aktiviti transaksi mencurigakan, dan terus melindungi pengguna Kiplepay.

Total
0
Shares
Related Posts