Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

SOP Covid-19 Baharu Bakal Dikeluarkan KKM Dalam Masa Terdekat

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam masa terdekat berikutan penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat meskipun Covid-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan yang menjadi kepentingan antarabangsa ataupun PHEIC,

Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam terutama mereka yang bergejala, mensanitasi tangan serta menjaga kebersihan diri.

Untuk makluman, WHO memutuskan bahawa pandemik Covid-19, yang telah mengorbankan lebih 6.9 juta nyawa di seluruh dunia, tidak lagi di kategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas ia melanda sejak tiga tahun lepas.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts