Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Dr Noor Hisham Bersara Sebagai Ketua Pengarah Kesihatan 21 April Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketua pengarah kesihatan, akan bersara bulan 21 April ini selepas 35 tahun berkhidmat untuk negara.

Persaraan Tan Sri Dr Noor Hisham berikutan telah diumumkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu hantaran di Facebook

Malah, mesyuarat majlis penganalisis makanan Malaysia, menandakannya sebagai mesyuarat yang terakhir.

Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan selaku Pengerusi Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia sebelum bersara paksa pada 21 April 2023.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr Noor Hisham menabur bakti kepada rakyat selama 35 tahun

Untuk makluman, Dr Noor Hisham menyertai perkhidmatan awam pada Ogos 1988 sebagai pegawai perubatan sebelum menjadi pakar bedah am pada 1994 dan berkhidmat sebagai pakar bedah am Hospital Putrajaya pada 2004.

Pada 1 Mac 2013, beliau menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah Kesihatan. Sebelum itu, Dr Noor Hisham memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (perubatan) Kesihatan sejak 1 Februari 2008.

Baca Juga: KKM Batal Pendaftaran, Panggil Balik Produk Mengandungi Pholcodine

Malah, beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC), ahli Lembaga Pengarah Inisiatif Dadah untuk Penyakit Terabai (DNDi) dan Pakar Perunding Kanan dalam Payudara, Endokrin dan Pembedahan Am di Hospital Putrajaya.

Jasa dan sumbangan beliau bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah barisan hadapan penularan wabak Covid-19 di peringkat antarabangsa tidak akan dilupakan.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts