Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma bagi perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) untuk Laluan Putrajaya bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.
Tambah beliau, tambang percuma itu bersempena pembukaan sepenuhnya kemudahan MRT laluan Putrajaya.
Tambang percuma itu melibatkan semua 36 stesen dalam laluan itu dari Stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. Malah, perjalanan penuh sehala akan mengambil masa kira-kira satu jam setengah.
Baca Juga: KWSP lancarkan i-Sayang Untuk Benarkan Suami Beri Caruman 2% Kepada Isteri
Untuk makluman, perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.
Dengan pembinaan yang menelan belanja RM30.53 bilion, Laluan MRT Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer dan mempunyai 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 10 stesen pertukaran dan stesen sambungan, termasuk Cyberjaya, Titiwangsa, Ampang Park, Chan Sow Lin, dan Sungai Besi.
Sumber: astro awani