Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Separuh Rakyat Malaysia Tiada Simpanan

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mendedahkan beberapa statistik di mana sebilangan besar rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan.

Kajian mendapati satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang, walaupun kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan berpatutan.

Hampir separuh rakyat Malaysia menghadapi kesukaran untuk memperuntukkan RM1,000 untuk tujuan kecemasan dan 1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak berminat untuk mempelajari tentang insurans dan takaful.”

Lebih teruk lagi, Gabenor BNM mendedahkan bahawa menurut data Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), ramai rakyat Malaysia terpaksa berhutang apabila mereka memerlukan wang semasa kecemasan.

Malah, berdasarkan kaji selidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan sejak 2015 mendapati satu daripada tiga rakyat kita tidak berminat untuk ambil tahu mengenai insurans dan takaful.

Dalam pada itu, Gabenor BNM juga berkongsi bahawa ramai rakyat Malaysia juga jahil tentang keselamatan siber, dengan penyelidikan menunjukkan bahawa 37% daripada penduduk berkongsi kata laluan dan nombor PIN mereka dengan keluarga dan rakan-rakan.

Sumber: HarianMetro

Total
0
Shares
Related Posts