Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sertai Malaysia Cybersecurity Camp Untuk Belajar Tentang Keselamatan Siber

Jika anda ingin memulakan kerjaya dalam bidang keselamatan siber, tapi tidak mempunyai sebarang pengalaman. Anda boleh menghadiri Malaysia Cybersecurity Camp (MCC).

Malaysia Cybersecurity Camp (MCC) dianjurkan oleh REHACK Consultancy dan NanoSec Asia merupakan mercu peluang kepada golongan muda yang minat dalam landskap keselamatan siber.

Menariknya kem ini dibuat secara percuma dan berjalan selama 4 hari di Thistle Port Dickson Resort dengan program intensif yang merangkumi pelbagai topik keselamatan siber. Malah, ia diajar oleh pakar membolehkan peserta menyesuaikan diri dalam pembelajaran mereka.

Kem ini juga telah mendapat sokongan daripada Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).

Baca Juga: 22,504 Data Kad Kredit Milik Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web

Untuk makluman, kem ini telah melahirkan ramai alumni yang berbakat dalam CTF, salah satunya adalah ‘Team Cincai’. Team ini telah memenangi banyak anugerah dalam pertandingan seperti CYDES CTF 2023, i-Hack CTF 2022, dan Asia Pacific Cyberattack Response Challenge 2023.

Oleh itu, bagi yang ingin menambah kemahiran, ini adalah kursus yang baik untuk anda menceburi bidang keselamatan siber. Siapa tahu ia menjadi satu kursus yang baik buat masa depan anda nanti.

Bagi yang berminat anda boleh klik https://cybercamp.my/2023/04/10/mcc2023-the-journey-begins/

Total
0
Shares
Related Posts