Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

22,504 Data Kad Kredit Milik Rakyat Malaysia Dijual Di Dark Web

Pembekal rangkaian persendirian maya NordVPN mengeluarkan kajian yang mendakwa telah menemui 22,504 data kad kredit yang dicuri milik rakyat Malaysia dan telah dijual didalam ‘Dark Web‘.

penemuan itu merupakan sebahagian daripada penemuan keseluruhan yang lebih besar iaitu enam juta kad di 98 negara.

Difahamkan, 22,504 rekod data itu juga mempunyai maklumat peribadi lain, seperti alamat rumah (8,788 rekod), nombor telefon (4,652), alamat e-mel (3,500), dan tarikh lahir (92).

Sumber: NordVPN

Laporan NordVPN menganggarkan harga purata kad pembayaran Malaysia di Dark Web ialah RM35.54, manakala purata global berada pada RM31.1.

Menurut indeks risiko penipuan syarikat, rakyat Malaysia menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk disasarkan dalam kecurian kad pembayaran, menjaringkan 0.67 pada skala indeks risiko (yang bermula dari 0 hingga 1), dan berada di kedudukan 21 daripada 98 negara.

Baca Juga: Lebih 1,700 Aduan Jenayah Siber Dicatat Setakat Februari 2023

Ia juga menyatakan bahawa mengambil kira maklumat peribadi tambahan yang disertakan dengan beberapa rekod, kemungkinan kad itu dicuri melalui cara yang lebih canggih.

Laporan itu juga memberi amaran bahawa maklumat peribadi yang disertakan didalam kad berpotensi digunakan untuk perkara seperti kecurian identiti dan aktiviti jahat yang lain.

NordVPN mengesyorkan untuk menggunakan kata laluan yang lebih selamat, penggunaan aplikasi perbankan rasmi, dan menggunakan antivirus untuk mengelak daripada data dicuri.

Sumber: NordVPN

Total
0
Shares
Related Posts