Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Propaganda: NFT Lubuk Pengganas Kumpul Dana

NFT

Baru-baru ini, satu akaun bernama “terrorist sympathizer” telah menawarkan koleksi NFT yang menyebar propaganda pengganas di laman dagangan terkemuka NFT iaitu OpenSea pada 26 Ogos lalu.

Menurut laporan Wall Street Journal, sebanyak tiga NFT yang memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas itu telah pun dibuang sebelum sempat dijual.

Pakar perisikan percaya NFT telah menjadi lubuk pengumpulan dana untuk pengganas seperti ISIS untuk mengelak sekatan daripada mengumpul dana kempen mereka.

Kenapa Pengganas memilih NFT?

Kumpulan pengganas yang dikatakan beralih kepada NFT mungkin memilih untuk mengambil kelebihan NFT yang dikatakan tidak boleh diubah. Walaupun NFT itu telah dibuang daripada pasaran awam, NFT itu akan kekal di dalam blok. Apa yang diperlukan untuk mengakses imej ini sekali lagi adalah dengan mencari alamat khusus imej tersebut, dan imej itu akan bebas untuk diedarkan sekali lagi.

JihadoScope adalah yang pertama menemui NFT yang berkait rapat dengan kumpulan pengganas ISIS, profil Twitter itu menyiarkan penemuannya lewat Ogos 2022.

Apa akan terjadi selepas ini?

Pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan telah lama menggunakan teknologi NFT dan blockchain untuk mengumpul pembiayaan yang diperlukan untuk semua jenis tujuan mulia, di seluruh dunia. Malah kerajaan Ukraine telah menggunakan NFT untuk membantu membiayai usaha pertahanannya dalam konflik Ukraine-Rusia yang berterusan.

Malah negara kecil juga memanfaatkan teknologi ini untuk mengumpul dana dari seluruh dunia, tanpa hubungan perdagangan dan diplomatik yang betul.

Baca juga: 2 Platform Kripto Digodam, Kerugian Mencecah $200 Juta

Malangnya, keterbukaan yang wujud kepada NFT juga telah mengundang sesetengah pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan daripada cara baru untuk memperoleh pembiayaan.

Walau bagaimanapun, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghindari kumpulan pengganas dari menggunakan teknologi blockchain dan NFT kerana tanpa kawal selia, kumpulan ini sukar untuk dikesan.

Sumber: TheEdge, Wall Street Journal

Total
0
Shares
Related Posts