Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Awas! Taktik Baharu Penipuan Atas Talian Melalui Fail .APK

Taktik baharu yang ialah mendapatkan mangsa untuk memuat turun fail APK
Penipuan

Baru-baru ini, ramai antara masyarakat kita menjadi mangsa penipuan atas talian. Bayangkan duit simpanan dikumpul bertahun-tahun lesap sekelip mata. Kerugian dialami pula bukan sekadar ribuan ringgit, bahkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Apabila diviralkan taktik-taktik sindiket jenayah siber, mereka akan cuba membuat taktik baharu untuk memperdayakan mangsa.

Taktik Baharu Penipuan Atas Talian

Antara taktik baharu yang ialah mendapatkan mangsa untuk memuat turun fail APK dengan aplikasi mudah alih palsu.

Taktik baharu penipuan ini dengan mereka mengiklankan produk atau perkhidmatan pada harga murah melalui media sosial. Apabila mangsa menekan pautan pada iklan, tindakan itu akan membawa mangsa ke aplikasi mesej.

Selain daripada mengiklankan produk, ada juga taktik lain yang dilakukan oleh golongan sindiket ini. Antaranya adalah dengan menelefon mangsa dan menyamar sebagai seorang pegawai penguatkuasa undang-undang supaya dapat memperoleh kepercayaan dan seterusnya menipu mangsa dalam memuat turun aplikasi .APK tersebut demi ‘menyelesaikan’ bayaran tertunggak mereka

Taktik-Taktik ini digelar sebagai ‘SMSSpy’ oleh CyberSecurity Malaysia (MyCert)

Sindiket akan menyuruh memuat turun aplikasi .APK

Apabila mangsa ingin membuat pembayaran, mangsa akan diberikan pautan melalui mesej dan menyuruh mangsa untuk memuat turun aplikasi (dengan format .APK) yang kononnya digunakan untuk tujuan pembayaran.

Baca juga: Aplikasi Tune Talk Hantar Mesej Scam Bitcoin?

Aplikasi tersebut akan memberikan kebenaran kepada sindiket untuk mengakses SMS dan mendapatkan nombor keselamatan TAC mangsa. Aplikasi ini juga akan membawa mangsa ke laman web perbankan yang palsu.

Kes ini berlaku pada seorang pengguna Facebook

Penipuan
Sumber: Aisyah Nasri

Dua minggu lepas, seorang pengguna Facebook, Aisyah Nasri, berkongsi dia dan suaminya Muhammad Sidek kerugian RM10,000 akibat memuat turun aplikasi melalui WhatsApp.

Menurut Aisyah, insiden itu bermula pada 10 Ogos apabila dia cuba mencari aplikasi televisyen Protokol Internet (IPTV). Aisyah menemui satu iklan yang menjual aplikasi dalam profil Facebook.

Dia mula bersembang dengan untuk mencuba aplikasi itu dan penjual menghantar apl kepadanya melalui Whatsapp. Aisyah disuruh memuat turun dan mendaftar menggunakan aplikasi tersebut.

Walau bagaimana pun, Aplikasi tidak boleh dibuka kerana Aisyah menggunakan iPhone dan penjual memberitahunya untuk menggunakan telefon Android. Disebabkan suaminya memakai peranti android maka dia menghantar aplikasi tersebut ke telefon suaminya.

Selepas mendaftar, Aisyah dan suami cuba membuat pembayaran menggunakan maybank2u. Walau bagaimanapun, ia tidak berjaya. Namun pada malam esoknya Aisyah menyedari wang dalam akaun itu hilang ketika ingin melakukan transaksi.

Wang tersebut telah dipindahkan dalam dua transaksi ke akaun suaminya, berjumlah RM10,000.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati

Jika anda mengesyaki telah memuat turun aplikasi malware, anda perlu bertindak segera dan buang aplikasi berkenaan serta tukar laluan akaun bank anda.

Selain itu jika berlaku sebarang transaksi yang mencurigakan, anda perlu melaporkannya kepada pihak bank serta membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook, Aisyah Nasri, MyCert

Total
0
Shares
Related Posts