Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Berkelakuan Tidak Senonoh Di Surau, Dua Individu Kini Diburu Polis

Tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan tidak senonoh dua lelaki di dalam sebuah surau di Kuala Langat, Selangor.

Video tular itu sekaligus mengundang kritikan daripada pengguna media sosial kerana perbuatan jijik itu bukan sahaja dilakukan secara terbuka malah dilakukan di dalam rumah ibadat.

Polis sedang mengesan dua lelaki terbabit

Susulan itu, pihak pihak polis memaklumkan sedang mengesan dua lelaki terbabit.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada bilal surau berkenaan kira-kira pukul 9.07 malam tadi (26 Oktober).

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh bilal berusia 54 tahun itu, dia menyatakan telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tidak senonoh.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh

Kes disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan

Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit.

Baca Juga: 6 Remaja Lelaki Didakwa Atas Pertuduhan Merogol Pelajar Tingkatan Dua

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun,

Total
0
Shares
Related Posts