Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bunuh Bapa Sebelum Buang Tepi Jalan

Seorang anak lelaki membunuh bapanya 74 tahun, sebelum mayatnya dibalut dengan langsir sebelum dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way, pada hari Sabtu lalu.

Menurut sumber, pemeriksaan di lokasi rumah mangsa, terdapat kesan tompokan darah di bahagian dinding dan pintu bilik tidurnya serta kesan seretan di bahagian ruang tamu.

Difahamkan suspek kemudian bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan.

Suspek yang juga anak kandung mangsa telah ditahan, dia disyaki memukul bapanya dengan menggunakan penyedok sehingga menyebabkan kematian.

Kenyataan lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: SinarHarian

Total
0
Shares
Related Posts