Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Budak Lelaki Warga Perancis Maut Di Sengat Ubur-ubur

Kejadian itu berlaku pada hari Isnin 6.45 petang
Budak

Semalam, media melaporkan seorang budak lelaki warga Perancis berusia lima tahun maut selepas disengat ubur-ubur ketika berenang di pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Menurut laporan Berita Harian, Kejadian itu berlaku pada hari Isnin 6.45 petang, mangsa tiba-tiba menjerit kesakitan ketika berenang di laut bersama keluarganya yang sedang bercuti di Pulau Pangkor.

Orang awam yang ada berhampiran dikatan telah membawa mangsa ke tepi pantai selepas mendengar jeritan itu dan mendapati dia terkena sengatan ubur-ubur.

Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Pangkor.

Sementara itu, Jabatan Perikanan Perak berkata pihaknya akan memantau kawasan itu, namun menasihatkan pengunjung supaya lebih berhati-hati di sekitar pantai.

Baca juga: Ikan Bilis Terdampar Di Pangkor Menjadi Perhatian Penduduk

Pengarah Perikanan negeri Noraishah Hashim dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal tidak menemui sebarang ubur-ubur beracun dan berbahaya di sepanjang pantai Teluk Nipah.

Jabatan Perikanan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan supaya mereka boleh meletakkan papan tanda amaran kehadiran ubur-ubur berbahaya

Pengarah Perikanan negeri Noraishah Hashim

Pengunjung juga diminta lebih berhati-hati dan tidak menyentuh sebarang hidupan marin yang mereka temui di laut atau kawasan sekitarnya.

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts