Baru-baru ini, beribu-ribu ikan bilis ditemui terdampar di pantai Pulau Pangkor, Perak. Perkara tersebut telah mendapat perhatian penduduk tempatan serta ramai antaranya telah membawanya pulang ikan bilis tersebut .
Menurut pengarah perikanan negeri Noraishah Hashim, kejadian itu hanya berlaku di Pasir Bogak, pantai barat pulau yang menghadap jauh dari Semenanjung.
Difahamkan, ikan bilis terdampar di pantai berlaku beberapa kali bermula Jumaat, 12 Ogos. Sebilangan ikan bilis mata biru juga ditemui terdampar di pantai tersebut.
Kejadian itu berulang lagi pada pukul 7.30 malam Sabtu, 13 Ogos,. Noraishah berkata, ramai penduduk dan pengunjung datang membawa beg untuk mengutip ikan bilis antara pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Ikan bilis terdampar kemungkinan disebabkan ikan alu-alu yang mengejar dan memakan ikan bilis menyebabkan ia melompat ke pantai
Nelayan
Menurut nelayan yang menangkap ikan di kawasan sekitar tersebut memaklumkan ada kemungkinan lambakan ikan itu disebabkan cahaya lampu di kawasan berkenaan.
Namun, ada juga mengatakan ikan bilis naik ke pantai itu disebabkan perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga serta plankton selain arus dan gelombang yang tinggi.
Walau bagaimanapun ini bukan kali pertama ikan bilis terdampar di persisiran pantai. sebelum ini di Pandan Lundu, Sarawak juga mengalami fenomena yang sama.
Sumber: Harian Metro