Sebelum ini, viral video seekor tikus menggigit ayam goreng di dalam tempat makanan di sebuah restoran di Pandan Indah dan video tular itu mendapat perhatian Kementerian Kesihatan (KKM).
Malah, KKM meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti restoran terbabit supaya tindakan dapat diambil dengan pantas.
Lesen dibatalkan serta-merta selepas kejadian tikus makan ayam goreng
Pada Ahad (25 Disember), jabatan kesihatan negeri mengarahkan restoran itu ditutup selama 14 hari dan mengeluarkan enam kompaun kepada kedai makan itu atas pelanggaran keselamatan dan kebersihan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Namun, keesokan harinya, FMT melaporkan bahawa lesen restoran itu telah dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan berkuat kuasa serta-merta.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata tindakan akan diambil sekiranya restoran itu terus beroperasi.
Baca Juga: Cuti Bersalin 98 Hari & Kerja 45 Jam Mulai Tahun Depan
Tambahnya, sebarang permohonan lesen baharu hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutama tahap kebersihan dipatuhi.
Berdasarkan rekod pemeriksaan, Fauzi berkata restoran itu menerima penarafan Gred B untuk kebersihannya pada Jun 2021 dan Januari tahun ini.