Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

PDRM & FBI Bekerjasama Berkas Pedofil Di Klang

Seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditahan kerana didakwa mempunyai bahan pornografi kanak-kanak di media sosial.

Suspek ditahan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman susulan serbuan di rumahnya di Klang, pada Selasa, 13 Disember.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata siasatan mendapati suspek berhubung dengan mangsa anaknya, selain memuat turun pornografi kanak-kanak menggunakan media sosial,

Polis merampas sebuah komputer, penghala, cakera keras luaran dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin

Suspek direman empat hari sejak semalam, 14 Disember

DCP Noorsiah menjelaskan lagi, penahanan itu mungkin dilakukan kerana PDRM bekerjasama rapat dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS.

Baca Juga: Pelajar Asing Mempunyai Bahan Pornografi Kanak-Kanak Ditahan

Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kami sedang menyiasat lebih lanjut untuk mengenal pasti mangsa yang terlibat dalam kes itu,

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin

Sumber: PDRM

Total
0
Shares
Related Posts