Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tikam Mangsa Dengan Pemutar Skru, Perompak Kini Diburu Polis

Seorang remaja lelaki ditemui terbaring dengan tikaman di perut yang dipercayai berlaku ketika bergelut dengan perompak yang memasuki rumahnya. Tikaman dipercayai dilakukan dengan menggunakan pemutar skru, petang semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan pada ketika itu mangsa hanya tinggal berdua di rumah bersama seorang lagi abangnya berusia 17 tahun.

perompak
Sumber: Sinar Harian

Kejadian yang berlaku pada jam 12:10 tengah hari ketika mangsa ingin ke dapur untuk meminum air sebelum terserempak dengan suspek yang sedang bersembunyi di tepi mesin basuh.

Susulan itu, berlaku pergelutan yang mana suspek kemudian menikam bahagian perut remaja berkenaan dengan pemutar skru,

Hasil siasatan mendapati suspek masuk ke dalam rumah mengikut pintu belakang yang tidak berkunci dan pemutar skru itu pula bertujuan untuk mengumpil pintu rumah.

Suspek kini jadi buruan polis

Sehubungan itu, pihak polis kena sedang giat menjalankan usaha bagi mengesan perompak tersebut dan kertas siasatan telah dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Baca juga: Tekup Muka Kekasih Hingga Maut, Remaja 19 Tahun Ditahan

Pihak polis turut meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk terus tampil ke balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 01116958529.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts