Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ujian Siren Amaran Tsunami Di Pulau Pinang Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) bagi tiga lokasi di Pulau Pinang yang bakal bermula seawal pukul 10 pagi esok.

Menurut MetMalaysia, tiga lokasi yang terlibat adalah kawasan tempat letak kereta Dewan Sri Pinang pada jam 10 pagi, kawasan Medan Makan Persiaran Gurney pada pukul 11.30 pagi dan Balai Polis Tanjung Tokong pada jam 2.30 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja,”

Sehubungan itu, MetMalaysia meminta penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

Sumber: MetMalaysia

Total
0
Shares
Related Posts