Tidak dinafikan pengguna media sosial seharusnya perlu berhati-hati, apatah lagi sindiket semakin licik dalam melakukan taktik penipuan. Kini ‘penipuan’ telah menjadi satu fenomena dalam negara.
Daripada mengumpan mangsa dengan penipuan carian pekerjaan di luar negara, kepada penipuan dalam talian dengan perkhidmatan dan promosi palsu. Jelas disini hampir semua orang boleh menjadi mangsa tanpa disedari.
Rider makanan ditipu selepas menjual telefon untuk membiayai perniagaannya
Satu penipuan terbaharu telah didedahkan oleh pengguna Facebook Asyraff Akra, selepas ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika menjual telefonnya.
Menerusi hantaran itu, Asyraff menjelaskan bahawa dia menjual telefon untuk dijadikan modal untuk perniagaannya.
Bagaimanapun, dia terkejut dan kecewa apabila dirinya mendapati bahawa sebahagian besar wang itu adalah palsu.
Dugaan terkena atas diri sendiri, jual phone nak rolling mula meniaga sekali kena tipu..note rm100 tu duit palsu. Note rm50 je betul
Terima wang kertas RM100 palsu sebanyak 1700
Gambar timbunan wang kertas RM100 palsu, dan tiga keping wang kertas RM50 tulen.
Dalam satu ruangan komen, Asyraff berkata, dia menerima sejumlah 17 keping wang kertas RM100 palsu, berjumlah RM1,700. Dia hanya mendapati ia palsu apabila mesin deposit tunai enggan menerima wang kertas tersebut.
Baca juga: Awas! Taktik Baharu Penipuan Atas Talian Melalui Fail .APK
Perjanjian itu dikatakan berlaku di Kajang. Jelas Asyraff, dia tidak merakam gambar wajah pembeli kerana pada masa itu, dia tidak mengesyaki apa-apa dan tidak pernah mengalami penipuan sebelum ini sepanjang menjalankan perniagaan.
Dia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan memberi amaran kepada orang lain supaya berhati-hati dalam melakukan urusan jual beli.