Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Terpedaya Dengan Tawaran Kerja, Wanita Mengalami Kerugian RM89,560

Seorang wanita mengalami kerugian RM89,560 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp, minggu lepas.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mangsa mendakwa menerima tawaran itu pada 4 Feb lepas, yang memerlukannya untuk mengikuti dan memberi tanda ‘like’ di akaun Instagram.

Mangsa ditawarkan komisyen RM5 bagi setiap akaun yang diikuti dan telah menerima keuntungan RM590 daripada suspek yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Baca Juga: Penubuhan NSRC Bantu Mengatasi Masalah Jenayah Siber

Jumlah itu menyebabkan mangsa semakin tertarik sehingga dia mengeluarkan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga bagi mendapatkan lebih banyak tugasan,

Susulan itu, mangsa telah membuat 10 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu kerana tidak lagi menerima pautan untuk meneruskan ‘kerja’ itu.

Walau bagaimanapun, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Untuk makluman, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) untuk mengatasi masalah ‘penipuan atas talian‘. Jika anda salah seorang yang mangsa penipuan atas talian, anda boleh hubungi talian hotline NSRC 997 untuk membuat laporan.

Total
0
Shares
Related Posts