Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bekas PM Malaysia Muhyiddin Yassin Mangsa Politik Terancang?

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, menjadikannya bekas pemimpin kedua Malaysia yang didakwa selepas meninggalkan jawatan.

Menurut laporan akhbar tempatan, Muhyiddin mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan 232.5 juta ringgit ($51.4 juta) sebagai rasuah untuk partinya Bersatu, dan dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan 195 juta ringgit ($43 juta).

Pertuduhan itu dibuat selepas Muhyiddin dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjawab soalan mengenai program rangsangan ekonomi untuk kontraktor etnik Melayu semasa pandemik COVID-19 semalam.

Baca Juga: Bekas Perdana Menteri Najib Razak Dimasukkan Ke Hospital

Walau bagaimanapun, beliau dibenarkan ikat jamin RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen.

Namun, jika didapati bersalah, Muhyiddin berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan rasuah, dan 15 tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram.

Mangsa politik yang terancang

Bekas perdana menteri mengecam pertuduhan yang dikenakan terhadapnya menyifatkan ia sebagai satu penganiayaan atau ‘political prosecution‘ oleh musuh politik yang rakus, dengan berkata akan melawan dengan tenang di mahkamah kerana yakin tidak bersalah.

Saya terima pertuduhan ke atas saya ini dengan sabar. Saya tahu dalam dunia politik, ramai musuh yang ingin menghancurkan saya, keluarga saya dan parti saya. Lebih-lebih lagi apabila saya berhadapan dengan musuh politik yang rakus,

Muhyiddin ditahan pada Khamis lalu berhubung projek rangsangan kerajaan untuk kontraktor Melayu semasa pandemik COVID-19. Kes akan dibicarakan pada 26 Mei depan.

Terdahulu, Perdana Menteri Najib Razak, yang memegang jawatan dari 2009 hingga 2018, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana penglibatannya dalam skandal rasuah SRC.

Sumber: berita harian, utusan

Total
0
Shares
Related Posts