Ramalan cuaca signifikan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan pantai barat Semenanjung akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama pada waktu pagi selama seminggu.
METMalaysia memaklumkan, ia adalah berdasarkan analisis model-model cuaca serta penumpuan angin yang dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia.
Baca Juga: Gempa Bumi Di Pulau Jawa Korban 46 Orang, Manakala 700 Tercedera
Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama pada sebelah pagi di pantai barat Semenanjung.
Ramalan tersebut dijangka bermula hari ini, 22 November 2022 sehingga Isnin hadapan, 28 November 2022.