Gempa bumi dengan kekuatan 5.6 skala ritcher menggegarkan pulau Jawa, Indonesia menyebabkan hampir 46 orang terkorban dan 700 tercedera.
Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Suharyanto berkata kawasan yang terjejas teruk termasuk perkampungan Limbangan Sari.
Ramai mangsa cedera akibat ditimpa bangunan runtuh,
Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Suharyanto
BNPB akan menghantar sebuah helikopter bagi memudahkan pengurusan bencana, pemindahan dan pengagihan logistik.
Jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata, pegawai masih mengumpulkan maklumat dan setakat ini 343 rumah dilaporkan rosak.
Gegaran dilaporkan berlaku pada jam 1.21 petang waktu tempatan.
Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud di darat di kesan di Cianjur di Jawa Barat, pada kedalaman 10 km (6.21 batu).
Baca Juga: Beberapa Kawasan Di Sabah Dilanda Banjir Kilat
Gegaran berlanjutan hampir 15 saat di Cianjur dan kurang tujuh saat di Bandung, Bogor, Sukabumi.
Sementara itu, Greece mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi 6 magnitud melanda di pantai Crete
Gempa itu berada pada kedalaman 80 km (49.71 batu), kata EMSC. Ia berukuran 5.5 pada skala Richter dan mencecah 60km (37 batu) ke timur laut Siteía, lapor organisasi pemantau bebas. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.