Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Paras Air Laut Di Jakarta Lebih Tinggi Dari Darat?

SATU PERTIGA dari Pakistan telah ditenggelami air, Seoul, Korea mencatatkan kejadian banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun. Beberapa gunung Berapi telah memuntahkan ‘lava’ serta abu.

Fenomena alam ini berpunca dari kesan perubahan iklim yang berlaku secara drastik dan kini cuaca ekstrem boleh dirasai oleh seluruh dunia.

Paras Air Laut Di Jakarta, Indonesia Lebih Tinggi Dari Darat?

Baru-baru ini, viral satu video di TikTok yang menunjukkan situasi paras air laut di Jakarta telah melebihi ketinggian kawasan darat.

Baca Juga: Imej Satelit Dedah Lebih 1/3 Kawasan Di Pakistan Tenggelam

Video itu menunjukkan paras air laut tersebut telah melepasi separuh daripada ketinggian tembok di sebelah kawasan pejalan kaki yang menjadi laluan penduduk.

Sebelum ini, Jakarta dikatakan bakal lenyap menjelang 2050. Malah, Isu kenaikan paras air laut diburukkan lagi oleh perubahan iklim.

Tanah tenggelam akibat penggunaan air bawah tanah berlebihan?

Menerusi laporan Merdeka.com, walaupun perubahan iklim menjadi salah satu penyebab, namun punca utama fenomena tersebut adalah disebabkan tanah di Jakarta semakin mendap, disebabkan penggunaan air bawah tanah yang diambil secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata pihaknya sudah melakukan beberapa perkara untuk mengatasi masalah ini seperti membasmi unsur-unsur eksploitasi air bawah tanah daripada pelbagai sektor.

Total
0
Shares
Related Posts