Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Akaun Telegram Perdana Menteri Digodam

Akaun Telegram Perdana Menteri Telah Digodam
Ismail Sabri

Akaun telegram milik Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ismail telah memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Twitter peribadinya.

Beliau turut meminta supaya mereka yang menerima mesej dari akaun tersebut untuk mengabainya dan laporkan kepada pihak berkuasa.

Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Baca juga: 2 Platform Kripto Digodam, Kerugian Mencecah $200 Juta

Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

Kejadian digodam membabitkan ahli politik bukanlah perkara yang baharu. Terdahulu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Ismail pernah mengesahkan yang telefon bimbitnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kedit gambar: Facebook Ismail Sabri Yaakob

Total
0
Shares
Related Posts