Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Polis Tahan Lelaki ‘Ceroboh’ Landasan LRT Ambil Earphone

Seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan polis pada hari Isnin, 27 Mac, kerana menceroboh landasan kereta api Aliran Transit Ringan (LRT) untuk mendapatkan sepasang earphone yang tercicir.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.09 pagi di stesen LRT Taman Paramount. Sistem penggera stesen berbunyi, mengesan kehadiran lelaki itu di landasan kereta api Platform 1 (Arah Utara).

Baca Juga: Warga Emas Maut Makan Ikan Buntal

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, tindakan lelaki itu menyebabkan kelewatan selama tiga minit.

Polis telah ke tempat kejadian pada 9.28 pagi untuk menahan warga Malaysia itu.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 62 Akta Kereta Api 1991 (Akta 463) kerana menceroboh landasan kereta api

Dia dihadapkan ke mahkamah Petaling jaya dan didakwa semalam, 28 Mac.

Mohamad Fakhrudin menggesa orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts