Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Seorang Lelaki Maut Dihempap Kereta, Ketika Mencuri

Seorang lelaki dilaporkan maut akibat dihempap kereta ketika mencuri tabung ekzos kenderaan jenis Honda Accord.

Memetik laporan Kosmo, Mangsa berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang semalam (19 Oktober) sekitar jam empat hingga enam pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang pembantu klinik yang merawat pesakit di lokasi itu.

Baca juga: ‘Buka Cepat, Aku Pecah Kang’ Lelaki Samun Kedai Serbaneka

Hasil siasatan mendapati suspek meninggal dunia selepas alat pengangkat kereta yang digunakan ketika mencuri tabung ekzos telah terjatuh dan menghempap badan yang berada di tengah kenderaan.

Susulan kes itu, kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Rakan mangsa ditahan polis

Pihak polis mendapati mangsa mempunyai sembilan rekod lampau iaitu tujuh kes jenayah dan dua lagi melibatkan dadah.

Kami juga berjaya menahan seorang rakan suspek berusia 32 tahun yang merupakan warga tempatan pada hari sama di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh.

Suspek kedua didapati mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes mencuri ekzos, pecah rumah dan narkotik.

Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

Total
0
Shares
Related Posts