Sesetengah individu sering mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan jenayah samun kedai kerana ia adalah jalan mudah untuk memperoleh wang dengan pantas.
Baru-baru ini, seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Semenyih Indah, berdepan dengan detik cemas apabila kedainya didatangi lelaki bersenjatakan parang yang ingin melakukan jenayah samun.
Penjenayah mengugut mangsa untuk membuka peti simpanan wang
Menerusi video itu, penjenayah itu memaksa wanita tersebut untuk membuka peti simpanan wang yang berkunci.
Baca juga: Tikam Mangsa Dengan Pemutar Skru, Perompak Kini Diburu Polis
Namun begitu, kunci peti tersebut tidak disimpan oleh wanita berkenaan. Jawapan tersebut membuatkan penjenayah itu bertindak lebih ganas.
Suspek dapat mengambil beberapa bungkus rokok.
Difahamkan suspek hanya dapat melarikan beberapa bungkus rokok sahaja. Malah mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor K Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro