Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kerajaan Selangor Pertimbangkan Darurat Iklim

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk yang menetap di negeri Selangor semakin bimbang apabila berlaku kejadian banjir kilat.

Banjir yang berlaku pada penghujung tahun lalu telah menyebabkan beribu-ribu keluarga kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Malah kerosakan yang dihadapi akibat banjir tahun lalu boleh dianggarkan dalam lingkungan RM6.1 bilion.

Kerajaan negeri Selangor mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim di kawasan banjir terutama di kawasan yang sering menghadapi air pasang besar.

Laporan awal sudah diterima. Darurat iklim antara dicadangkan tetapi kita tidak boleh umum tanpa data atau kajian dari pakar.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak boleh dilakukan sehingga data dan penyelidikan yang betul diperoleh daripada pakar mengenai perkara itu.

Penduduk di Klang dan Kuala Selangor di beri amaran supaya bersiap sedia menghadapi banjir

Menteri Besar Selangor juga telah mengingatkan penduduk Selangor yang menetap di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut mencecah sehingga 5.5 meter.

Baca juga: Imej Satelit Dedah Lebih 1/3 Kawasan Di Pakistan Tenggelam

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan pada bulan November hingga Mac 2023, Malaysia akan mengalami cuaca lebih lembap disebabkan perubahan monsun.

Sumber: utusan, selangorkini

Total
0
Shares
Related Posts