Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Menghendap ‘Stalk’ Secara Maya Berulang Kali Adalah Jenayah

Harap diluluskan
menghendap

Aktiviti menghendap ‘stalking‘ secara maya mungkin dianggap perkara remeh dan biasa berlaku di kalangan pengguna media sosial serta sukar untuk dibendung kerana tiada peruntukkan undang-undang khusus untuk perkara tersebut.

Namun tahukah anda perbuatan menghendap secara maya berulang kali dikategori sebagai satu jenayah mengikut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

Menghendap
Photo by @rawpixel

Mas Ermieyati turut menambah adalah penting untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya mendatangkan kecederaan fizikal semata-mata.

Kalau tidak ada satu undang-undang yang benar-benar melindungi mangsa, saya khuatir akan berlaku lebih banyak kes menghendap sehingga mendatangkan kecederaan pada masa akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Sebelum ini, pindaan bagi Akta 574 memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah telah dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Baca juga: Portal Aduan Buli, Bantu Mangsa Beri Maklumat Tanpa Bimbang

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sumber: Bernama, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts