Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Portal Aduan Buli, Bantu Mangsa Beri Maklumat Tanpa Bimbang

Harap dapat membantu mangsa buli
Buli

Dari dulu hingga sekarang kes buli di sekolah tiada kesudahannya. Boleh dikatakan setiap tahun mesti ada kes buli yang menjadi tular di media sosial dan hangat diperkatakan.

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan satu portal aduan kes buli untuk membolehkan mangsa buli menyampaikan maklumat tanpa bimbang maklumat diketahui pembuli atau rakan sekolah.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata murid dan ibu bapa boleh membuat laporan kes buli menerusi portal itu dalam bentuk e-mel, panggilan telefon atau sistem pelaporan sedia ada di KPM.

Selepas ini, jika ada kes kecemasan berkaitan dengan buli, ada platform jelas untuk mangsa sampaikan aduan secara sulit.

Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin

Portal aduan buli boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli

Portal tersebut menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.

Mereka juga boleh membuat aduan melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel ([email protected]) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM yang tersedia di portal aduan itu.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts