Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Scammer Menyamar Jadi Pengawai Polis, Pekebun Sayur Rugi RM800,000

Seorang pekebun sayur di Cameron Highlands mengalami kerugian lebih RM800,000 selepas diperdaya oleh scammer yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata, lelaki berusia 54 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran barang pada 19 Jun lalu.

Suspek memaklumkan terdapat bungkusan barang milik mangsa. Mangsa kemudiannya diminta menghubungi pegawai polis kerana bungkusan barang itu mengandungi kad kredit, kad pengenalan dan pasport.

Pegawai polis atau scammer memaklumkan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mangsa berkaitan siasatan kes pengubahan wang haram yang akan menyebabkan akaun bank dibekukan.

Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarahkan untuk memindahkan wang daripada akaun simpanannya ke lima akaun berbeza diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan.

Baca Juga: Love Scam Adalah Jenayah Tertinggi Di Malaysia

Bagaimanapun, mangsa mula berasa curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi bertanya perkembangan siasatan menyebabkan beliau ke balai polis semalam.

Orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan atas talian, sila membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon di https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts