Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Love Scam Adalah Jenayah Tertinggi Di Malaysia

Love Scam menjadi jenayah utama yang menyebabkan kerugian sebanyak RM300 Juta

Ramai diantara kita menggunakan online dating apps dan media sosial untuk mencari pasangan. Banyak diantaranya telah berjaya mencari pasangan dalam talian. Tetapi disebalik kejayaan itu, ada yang mengambil kesempatan dan melakukan penipuan seperti love scam.

Penipuan atas talian seperti love scam semakin kerap berlaku dikalangan masyarakat Malaysia dan menjadi jenayah tertinggi dengan di negara ini.

Apa itu love scam?

Love scam, juga dikenali sebagai penipuan cinta, adalah satu modus operandi di mana penipu mencipta identiti palsu untuk memperdaya mangsa dengan berlakon mengambil berat sehingga mangsa jatuh cinta.

Love Scam

Matlamat utama penipu ini adalah untuk mendapatkan kepercayaan dan simpati supaya mangsa memindahkan wang, membocorkan maklumat sensitif atau melakukan aktiviti haram bagi pihak penipu.

Modus operandi ‘Love Scam’ ini juga bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Sejak 2018 sehingga Februari tahun ini, sebanyak 7,286 ‘Love Scam’ telah dilaporkan di Malaysia.

Malah, love scam menjadi jenayah penipuan yang tertinggi yang melibatkan kerugian RM365 juta.

Siapa sasaran sindiket penipuan cinta?

Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan love scam. Penipu lebih tercenderung untuk menyasar orang yang mempunyai aset seperti dana persaraan atau rumah. Dipercayai bahawa kira-kira dua pertiga daripada mangsa penipuan percintaan adalah wanita bujang dan bercerai.

Love Scam

Dalam satu laporan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata rekod sejak lima tahun lepas menunjukkan 82.8 peratus mangsa penipuan cinta adalah wanita, kebanyakannya bujang atau bercerai.

Kajian yang dilakukan jabatan ini turut mendapati daripada 7,286 kes yang direkodkan, 82.5 peratus atau 6,008 mangsa adalah wanita dan bakinya iaitu 1,228 kes membabitkan mangsa lelaki

Kerani rugi RM1.06 Juta selepas jadi mangsa love scam

Seorang kerani wanita berusia 56 tahun di Sibu menjadi mangsa penipuan cinta menyebabkan kerugian RM1.06 juta. Insiden itu terbongkar apabila dia melaporkan penipuan itu kepada polis Sibu pada 31 Julai. Dia bertemu seorang lelaki bernama ‘Thomas Yeng Leong’ di Facebook sekitar pertengahan 2022.

Penipu itu menyamar sebagai jurutera yang berpangkalan di London dan meminta bantuan wanita itu untuk membuat pembayaran barangan yang diperlukan untuk kerjanya. Percaya akan lelaki itu, dia memindahkan RM395,000 ke lima akaun bank berbeza antara Ogos dan September 2022.

Pada bulan September, penipu itu berjanji untuk melawat Malaysia untuk bertemu dengannya. Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, dia menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa sebagai “pegawai Kastam.” Penyamar itu memaklumkan bahawa suspek telah ditahan di Thailand dan perlu membayar denda untuk dibebaskan. Percaya dengan muslihat itu, dia memindahkan RM255,000 ke tiga akaun bank berbeza dari akhir September hingga awal Oktober.

Baca Juga: Sertai Malaysia Cybersecurity Camp Untuk Belajar Tentang Keselamatan Siber

Penipuan itu berterusan apabila mangsa membuat 36 lagi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM414,000 kepada 16 akaun bank berbeza dari awal Mei 2023 hingga akhir Julai. Dana itu dituntut untuk menampung perbelanjaan berkaitan kerja penipu, kos temu janji di Malaysia dan kecemasan.

Lindungi diri anda daripada penipuan cinta

Penipuan cinta adalah satu bentuk penipuan atas talian yang licik. Kesedaran dan kewaspadaan adalah perkara yang terbaik untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan ini.

Maka, sebelum berkenalan atau mendekati seseorang. Anda perlu dengan berhati-hati, terutamanya jika individu itu menyatakan cinta atau kasih sayang mereka terlalu cepat.

Sumber: hmetro, sinarharian, mkn.gov

Total
0
Shares
Related Posts