Baru-baru ini, satu lagi taktik baharu scammer yang mendakwa kerajaan “BN” mengagihkan bantuan tunai melalui Touch ‘n Go eWallet.
Penipuan tersebut telah mengambil kesempatan ke atas Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang ini. Ia melibatkan bantuan sebanyak RM500 menerusi TNG yang dihantar melalui SMS.
Di media sosial, terdapat tangkapan skrin yang mendakwa seorang individu telah kehilangan RM1,950 akibat penipuan itu. “Mangsa” memberi amaran kepada orang lain supaya tidak terpedaya kerana penipu cuba mengambil kesempatan pada musim PRU15 akan datang.
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan taktik sedemikian dan pautan dalam mesej itu jelas bukan laman web rasmi Touch ‘n Go eWallet.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ini sudah pasti penipuan dalam talian yang dijalankan oleh sindiket dan TNG tidak akan menghantar mesej atau notis sedemikian kepada pengguna.
Jika anda salah seorang mangsa penipuan dalam talian segera laporkan di NRSC
Mereka yang menjadi mangsa penipuan seperti diatas boleh menghubungi talian NSRC iaitu 997 bagi membolehkan pihak NSRC mengambil tindakan yang berkesan khususnya untuk menyekat pengaliran dan pelupusan wang mangsa,
Baca Juga: Penubuhan NSRC Bantu Mengatasi Masalah Jenayah Siber
Talian tersebut beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam.