Tahukah anda sejak Januari hingga 9 September 2024, Jumlah kerugian akibat jenayah komersial, termasuk penipuan dalam talian, telah mencecah RM1.78 bilion?
Ini bermakna para scammer berjaya mengaut lebih dari RM6 juta sehari, yang merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Sosial media telah menjadi alat utama bagi scammer untuk menipu mangsa. Taktik sindiket adalah dengan menyamar menjadi laman-laman kerajaan seperti KWSP.
Sindiket menyamar sebagai akaun rasmi KWSP di Tiktok
Satu taktik baru penipuan dalam talian adalah dengan menyasarkan ahli KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), memperdaya mereka dengan janji-janji pengeluaran khas.
Akaun TikTok palsu menggunakan nama pengguna @kwspmalaysiaa, dicipta untuk mengeliru dan menipu pencarum KWSP untuk memberikan maklumat peribadi.
Dalam video terbarunya, akaun palsu itu mengiklankan “pengeluaran KWSP khas” (Pengeluaran Khas) untuk ahli di bawah umur 55 tahun, mendakwa ia boleh diproses dalam talian antara 7 dan 30 Oktober 2024.
Video tersebut mengarahkan pengguna untuk menggunakan pautan dalam bio, yang membawa kepada laman web penipuan “bantuan tunai rahmah”.
URL di bio akaun tersebut adalah satu taktik penipuan yang “Phishing”. Taktik ini digunakan scammer untuk mendapat maklumat peribadi mangsa.
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan ini, sentiasa pastikan ia datang dari sumber yang sah dan periksa URL untuk tanda-tanda penipuan.