Penggodam menggunakan pelbagai Akaun X (Dahulu Twitter) untuk Mempromosikan Token Kripto Solana.
Beberapa akaun Twitter tempatan yang terjejas termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan Malaysia Gazette.
Semua posting yang terjejas mengeluarkan posting sama iaitu,
Menurut media luar, serangan siber itu hanya menyasarkan akaun X organisasi yang popular dan bukan pengguna individu atau negara untuk melakukan skim pump and dump token crypto.
Walau bagaimanapun, penggodam itu hanya memperoleh $1,000. Malah, penggodam itu gagal menghasilkan keuntungan daripada insiden tersebut.
Media luar turut melaporkan bahawa punca akaun-akaun di X digodam disebabkan kunci API yang terjejas atau aplikasi pihak ketiga yang dipautkan ke akaun tersebut.