Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bank Negara Malaysia Arah Bank Beralih Daripada Sistem SMS OTP

Perkara ini dilakukan untuk melindung pengguna

Menurut Bank Negara Malaysia, penipuan atas talian telah menjadi masalah besar bagi rakyat Malaysia.

Daripada penipuan kad kredit kepada penipuan bank atas talian. Ramai yang telah terkena dengan taktik penipuan itu. Maka, ppihak bank tidak boleh leka apabila melibatkan perkara yang penting seperti kewangan pelanggannya.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengarahkan institusi kewangan berhenti menggunakan SMS One Time Passwords (OTP)

Sebelum ini One Time Password digunakan sebagai satu bentuk pengesahan atau perlindugan untuk aktiviti transaksi dalam talian. Namun, ia telah menjadi jelas bahawa kaedah ini tidak selamat seperti yang sepatutnya.

Bank Negara Malaysia

Kini, Bank Negara Malaysia meminta institusi kewangan tempatan beralih daripada menggunakan SMS OTP dan menggunakan kaedah pengesahan yang lebih selamat untuk membendung penipuan kewangan.

Baca juga: Awas! Taktik Baharu Penipuan Atas Talian Melalui Fail .APK

Perkara ini dimaklumkan oleh akaun Twitter rasmi Bank Negara Malaysia, yang menyatakan lima langkah yang boleh diambil oleh institusi kewangan untuk melindungi pelanggan mereka.

Selain itu, bank juga diminta untuk mengetatkan lagi peraturan pengesanan penipuan, dan menyekat urus niaga yang mencurigakan sehingga disahkan oleh pelanggan bahawa transaksi tersebut daripada pelanggannya sendiri.

BNM, juga mengarah bank untuk menyediakan talian hotline khusus untuk meningkatkan kadar tindak balas terhadap laporan tentang penipuan.

Total
0
Shares
Related Posts