Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia! Ciri tersebut membolehkan pembayaran tanpa sentuh yang mudah dengan hanya menggunakan iPhone dan Apple Watch. Jika anda mempunyai peranti Apple yang serasi dan kad pembayaran yang disokong oleh Apple Pay, berikut adalah cara anda menggunakan Apple Pay.
Apple Pay apa tu?
Untuk makluman, Apple Pay ialah satu bentuk teknologi pembayaran yang didayakan NFC yang membolehkan anda mengesahkan transaksi yang lancar daripada hanya iPhone atau Apple Watch anda.
Selain daripada menggantikan kad fizikal, ia juga menyediakan sistem pembayaran yang lebih selamat, lebih terjamin dan peribadi yang serasi dengan produk Apple moden.
Dengan cara ini, anda tidak perlu mengunakan kad bank apabila ingin membayar.
Bank apa yang sokong Apple Pay?
Menurut laporan Kosmo, Apple Pay berfungsi dengan kad kredit Ambank dan Standarad Chartered, namun, untuk Maybank Apple pay menyokong kad debit, kredit, dan juga kad prabayar.
Macam mana nak masukkan Apple Pay?
Sebelum anda boleh menggunakan Apple Pay, anda perlu menambahkan kad anda pada Apple Wallet pada iPhone anda. Berikut adalah langkah-langkah untuk berbuat demikian:
- Lancarkan aplikasi Wallet pada iPhone anda
- Di penjuru kanan sebelah atas, klik ikon +.
- Pilih “Debit atau Kad Kredit”
- Klik teruskan
- Imbas kad anda, atau masukkan butiran kad secara manual
- Ikut arahan untuk pengesahan dengan bank anda. Biasanya ia menggunakan pengesahan OTP atau panggilan telefon bank anda.
- Setelah disahkan, kad itu akan ditambahkan dalam Apple Wallet anda.
Kalau korang tak faham lagi boleh tengok cara-cara mendaftar Apple Pay di sini.