Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Jangan Abaikan Kesihatan Mental Kanak-Kanak & Remaja

Kesihatan Mental

Isu kesihatan mental semakin berkembang dari hari ke hari, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang masih tidak cakna tentang isu tersebut.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kesihatan mental kanak-kanak dan remaja adalah antara isu kesihatan yang paling diabaikan di seluruh dunia.

Baca juga: Tom Holland Tinggalkan Sosial Media, Demi Kesihatan Mental

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan 10 hingga 20 kanak-kanak dan remaja mengalami masalah kesihatan mental.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah mental, tetapi kebanyakan mereka tidak mendapatkan bantuan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

Beliau juga menambah, satu daripada 8 remaja berumur 10 hingga 19 tahun, dan satu daripada 20 kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun dianggarkan mengalami gangguan mental serta gangguan perkembangan.

mental
Photo by Camila Quintero Franco on Unsplash

Beliau turut memaklumkan faktor risiko kesihatan mental adalah pendedahan kepada keganasan, penganiayaan rakan sebaya, buli, kesunyian, dan pengasingan sosial. Perkara tersebut menjadi salah satu punca utama kematian dalam kalangan remaja berumur 15 hingga 19 tahun.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga komited untuk menterjemahkan penemuan penyelidikan MHPSS kepada dasar dan amalan.

Jika anda antara individu yang mengalami kemurungan atau tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) di talian 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di talian 019-2615999.

Bagi mereka yang malu untuk menghubung talian tersebut, hubungi seseorang yang anda percayai untuk mendapatkan bantuan.

Sumber: UNICEF

Total
0
Shares
Related Posts