Pada hari sabtu lalu, kadar mata wang Ringgit Malaysia (MYR) di google memaparkan nilai ringgit jatuh ke paras RM4.98 berbanding US$ 1 (Dolar US).
Perkara itu menyebabkan kekeliruan dan segelintir menggunakan isu itu untuk menghentam kerajaan dan BNM.
Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menegaskan bahawa data kadar pertukaran (USD-MYR) itu adalah tidak tepat.
Bank pusat itu menjelaskan pada Jumaat (15 Mac 2024) kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi, dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.
Baca Juga: Martabak Bukan Murtabak, DBP Perbetulkan Ejaan
Untuk makluman, kesilapan salah lapor kadar ringgit bukanlah kali pertama berlaku pada tahun ini. Namun ia adalah kesilapan kali kedua yang dilakukan Google dengan menerbitkan data kadar pertukaran USD-MYR yang tidak tepat.
Difahamkan, pihak BNM juga sebelum ini sudah menghantar surat peringatan tegas kepada Google berikutan insiden salah lapor pertama yang terjadi pada 6 Februari lalu itu.
Sumber: Bank Negara Malaysia