Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pelaksanaan Waktu Bekerja Pendek Ditangguhkan Tahun Hadapan

Waktu Bekerja

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan hari ini memaklumkan bahawa penguatkuasaan pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam ke 45 jam seminggu ditangguhkan kepada 1 Januari 2023 hadapan.

Keputusan penangguhan itu dibuat atas beberapa faktor selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menurut Saravanan, pihak industri masih berdepan isu kekurangan tenaga kerja asing berikutan kemasukan pekerja asing yang masih perlahan, dan dalam situasi itu, pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 berpotensi menjejaskan industri.

Baca juga: Waktu Bekerja Dikurangkan Ke 45 Jam Mulai 1 September

Untuk makluman, pindaan ke atas Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 juga meliputi penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari dan cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Dua penambahan cuti itu juga sepatutnya akan dilaksanakan bermula pada 1 September 2022 ini.

Bagaimanapun, Saravanan memberi jaminan bahawa penangguhan itu adalah yang terakhir dan ia akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari 2023, tanpa mengira sebarang alasan diberikan majikan.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts