Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Jangan Terpedaya Dengan Iklan Haji Palsu Sosial Media -Arab Saudi

Ibadah Haji adalah rukun Islam kelima yang wajib dilakukan kepada mereka yang berkemampuan. Menunaikan Ibadah Haji adalah satu impian kepada setiap orang Islam.

Apabila musim Haji tiba berduyun-duyun umat Islam di Malaysia menuju Tanah Suci bagi menyahut seruan Ilahi.

Walau bagaimanapun, ada segelintir yang cuba untuk menipu dan memperdaya mereka yang berniat untuk menunaikan Ibadah tersebut.

Jangan terpedaya dengan iklan palsu Ibadah Haji

Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi hari ini menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.

Menurut kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu yang dikeluarkan segelintir agensi bertujuan untuk menipu masyarakat tentang perkhidmatan berkaitan haji.

Sindiket ini menjanjikan perkhidmatan seperti menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.

Hanya ‘Adahi’ Dilantik Kerajaan Arab Saudi

Menurt Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi ‘The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi‘ (Adahi) adalah pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi , Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji,” 

Pihaknya juga berkata, sebarang urusan mengenai perkara tersebut boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan-cawangan yang bertauliah.

Total
0
Shares
Related Posts