Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Shakira Amal Ilmu Sihir Sebab Patung Sihir Di Balkoni Rumah?

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu Piala Dunia Shakira difahamkan sengaja meletakkan patung ahli sihir dengan pakaian serba hitam di balkoni rumahnya.

Perkara itu mengundang rasa tidak selesa kerana patung itu menghadap rumah ibu bekas suami Gerard Pique. Difahamkan, situasi itu disedari oleh ibu kepada Pique sendiri iaitu Montserrat Bernabeu.

Susulan itu, Ibu bekas suaminya telah meminta pekerja penyanyi berkenaan untuk mengalihkan patung ahli sihir berkenaan.

Namun Shakira bertindak untuk meletak semula patung itu di tempat yang sama selepas pekerjanya pulang. Perkara tersebut membuatkan ibu Pique risau sekiranya penyanyi itu sedang mengamalkan upacara ilmu hitam.

Malah, patung ahli sihir itu juga dikatakan diletak oleh Shakira selepas lagunya iaitu “Out of Your League” telah memecah rekod striming di YouTube kerana liriknya yang dikatakan menyindir Pique berikutan isu curang terhadap dirinya.

Untuk makluman, Shakira dan Gerard Pique menamatkan perkahwinan mereka pada Mei tahun lalu. Shakira dilaporkan telah merancang untuk berpindah bulan ini bersama dua anak pasangan itu ke Miami jauh dari bekas suaminya.

Walau bagaimanapun, tindakan itu berpindah itu terpaksa ditangguhkan kerana bapanya yang berusia 91 tahun dimasukkan ke hospital di Barcelona.

Sumber: Daily Mail

Total
0
Shares
Related Posts